Bagi mereka yang melanggani perkhidmatan gaming awanan Xbox Game Pass Ultimate, ia turut menawarkan perkhidmatan penstriman permainan video xCloud yang mana pelanggan-pelanggan ini boleh menstrim permainan Xbox kegemaran mereka melalui pelbagai jenis peranti.

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa perkhidmatan penstriman gaming xCloud tersebut telah mula ditawarkan untuk bukan sahaja para pengguna PC, tetapi juga peranti iPhone dan juga iPad melalui pelayar web pada peranti-peranti tersebut.

Microsoft juga mengesahkan bahawa xCloud akan ditawarkan secara rasmi ke 22 negara yang mempunyai sokongan rasmi Xbox pada buat masa ini, yang mana permainan-permainan ini boleh distrim pada resolusi 1080p dan 60FPS buat masa ini untuk memastikan bahawa mutu permainan adalah berada pada tahap yang terbaik sebelum pilihan untuk resolusi yang lebih tinggi ditawarkan.

Menurut Microsoft lagi, untuk melanggani atau mengakses atau melanggani perkhidmatan penstriman xCloud ini, anda hanya perlu ke pautan ini.

Leave a Reply