Seperti yang dilaporkan pada Disember tahun lepas, Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Scarlett Johansson, Taron Egerton dan Nick Krol akan kembali sebagai watak masing-masing dalam filem sekuel Sing 2. Selepas mencipta nama dengan bakat nyanyian dan tarian masing-masing, mereka semua ingin mencuba bertanding ke peringkat dunia pula.

Kini, video acah pertama telah dikongsikan dan ia memperlihatkan pelbagai muzik-muzik menarik, prestasi lakonana suara gempak, dilihat mempunyai penyampaian cerita yang baik dan juga mempunyai bentuk animasi yang cantik.

Video acah ini memperlihatkan pengembaraan Buster lakonan suara Matthew McConaughey membawa semua haiwan-haiwan berbakat bawah jagaan beliau bertanding ke peringkat dunia. Dalam sesi uji bakat, Jimmy lakonan suara Bobby Canavale kerap menolak pelbagai haiwan berbakat sehinggalah Gunter mencadangkan mereka boleh menjemput penyanyi rock legenda Clay Calloway lakonan suara Bono.

Filem ini akan memfokuskan mereka semua memastikan Clay boleh kembali menyanyi selepas satu peristiwa yang membuatkan beliau pencen. Ia dilihat penuh dengan pengembaraan menarik dan juga muzik-muzik popular yang pasti dikenali ramai.

Bono akan memainkan watak Clay Callowayseekor singa bekas penyanyi rock legenda. Jimmy Crystal pula seekor serigala lakonan Bobby Canavale iaitu pengurus persembahan peringkat dunia, Alfonso dan Meena  lakonan Pharell Williams dan Tori Kelly adalah gajah mencintai antara satu sama lain. Halsey pula memainkan watak Porsche sebagai anak Jimmy. Letitia Wright adalah seekor kucing dengan bakat tarian untuk membantu Johnny lakonan Taron Egerton iaitu gorila daripada filem pertama. Kemudian Eric Andre yang memainkan watak yak mempunyai perwatakan berlagak dan akhir sekali Chelsea Peretti menjadi pembantu kepada Jimmy adalah seekor anjing.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 23 Disember akan datang.

Sohor Kini