League of Legends : Wild Rift merupakan salah satu permainan berbentuk MOBA yang semakin popular dari hari ke hari. Sejumlah acara esukan melibatkannya juga telah dianjurkan, termasuk baru-baru ini adalah Siri Ikon Wild Rift Asia Tenggara.

Menariknya, selari dengan siri esukan anjuran Riot Games berkenaan, mereka turut berkongsi berkenaan dengan statistik semasa permainan berkenaan.

Ia dikatakan Wild Rift telah dimuat-turun lebih 660,000 kali di Malaysia.

Secara keseluruhan di Asia Tenggara dan Hong Kong, permainan berkenaan telah mencatatkan angka 12 juta muat-turun sehingga ke hari ini.

Permainan MOBA ini dilihat mempunyai peminatnya tersendiri, dan bagi anda yang berminat dengannya, boleh mengikuti acara Siri Ikon Wild Rift SEA yang berlangsung dari 25 Jun sehingga 27 Jun ini.

Sohor Kini