Salah satu acara tahunan yang dinantikan ramai peminat permainan video adalah Steam Summer Sale. Bermula hari ini, anda yang berminat boleh menyemak halaman Steam, dan membeli pelbagai permainan pada harga diskaun.

Steam Summer Sale 2021 ini akan berlangsung sehingga 9 Julai 2021 kelak, dimana sejumlah permainan ditawarkan pada harga diskaun tinggi – berbeza berbanding kebiasaan. Antaranya termasuk koleksi Halo pada harga RM32.50, Battlefield V pada harga RM62.25, dan pelbagai penawaran lain.

Pada masa yang sama, Steam turut mengadakan acara khas yang dinamakan Forge Your Fate – membolehkan anda menambah lencana khas pada profil selepas menyelesaikan “misi” khas sempena jualan ini.

Bagi anda berminat, boleh menyemak laman Steam hari ini.

Sohor Kini