Skip to main content

EA hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih Playdemic pada nilai $1.4 bilion, iaitu sekitar RM5.83 bilion mengikut kadar tukaran semasa.

Untuk makluman, Playdemic sedia popular dengan permainan mudah-alih Golf Clash, dan pengambol-alihan ini akan membolehkan EA terus mengukuhkan portfolio permainan berasaskan sukan dibawah mereka.

Golf Clash sendiri mmempunyai lebih 80 juta muat-turun di seluruh dunia, dan ditawarkan di iOS, Android dan juga Facebook. Permainan ini turut membolehkan pemain bersaing dengan satu sama lain dalam bentuk masa-nyata.

EA dijangka akan terus mempelbagaikan penawaran permmainan dibawah mereka, denga turut mengimplementasi kaedah permainan Golf Clash denga pelbagai jenama yang lain.

Selain mempelbagaikan permainan dibawah genre sukan, pengambil-alihan ini juga dijangka membantu EA dalam mengukuhkan penawaran permua dibawah mereka, dan mencapai lebih ramai pemain di seluruh dunia.

Leave a Reply