Apple telah pun kongsi beberapa kandungan menarik mereka yang akan tiba di Apple TV+ sepanjang tahun ini dan di masa akan datang. Antara yang menarik bagi saya adalah See, di mana semasa awal pelancaran – siri TV inilah yang saya layan dulu. Kini musim kedua telah disahkan akan tiba.

Video acah memperlihatkan Dave Bautista adalah musuh baharu, iaitu Edo Voss – adik kepada watak Jason Momoa, Baba Voss. Edo dilihat ingin merampas kuasa, dengan anak Baba diculik, pelbagai ugutan, Queen Kane dengan pelbagai lagi agenda mencurigakan beliau dan banyak lagi. Musim kedua ini akan disiarkan di Apple TV+ pada 27 Ogos.

Selain daripada Dave Bautista, Eden Epstein (“Sweetbitter”), Tom Mison (“Watchmen”), Hoon Lee (“Warrior”), Olivia Cheng (“Warrior”), David Hewlett (“The Shape of Water”) dan Tamara Tunie (“Flight”) turut akan memainkan watak baharu dalam musim kedua ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini