Apple TV+ masih jauh ketinggalan, jika dibandingkan dengan Netflix, Disney+, atau lain-lain platform penstriman video. Kandungan di dalam Apple TV+ lebih terhad dan antaramuka juga tidak begitu mesra. Tetapi sejak kebelakangan ini, Apple sudah mula mengambil-alih hak intelek studio lain, merekrut lebih banyak penerbit, artis, pelakon, studio dan lain-lain untuk bantu menghasilkan kandungan lagi.

Terkini, Apple hadir dengan video acah memperlihatkan lebih banyak siri TV menarik, filem, siri animasi, kandungan khas untuk kanak-kanak dan banyak lagi yang akan disiarkan bermula bulan ini sehingga September dan beberapa yang akan tiba di masa hadapan.

Siri TV Baharu

  • Lisey Story
    • Sebuah siri TV yang diadaptasi daripada novel Stephen King. Skrip juga oleh beliau. Mengisahkan Lisey (lakonan Julianne Moore) yang menghadapai pelbagai cabaran dan dugaan selepas suami beliau, Scott (lakonan Clive Owen) iaitu seorang penulis novel terkenal meninggal dunia. Sudah mula disiarkan.
  • Foundation
    • Siri sains fiksyen berdasarkan buku dengan nama yang sama oleh Isaac Asimov. Mengisahkan pengembaraan menyelamatkan manusia daripada pupus dan membangunkan semula tamadun.
  • Invasion
    • Siri mengenai makhluk asing yang sudah lama ada di bumi, menyamar sebagai manusia.
  • The Shrink Next Door
    • Adaptasi daripada podcast dengan nama sama. Sebuah siri komedi antara psikiatri dan seorang pesakit, lakonan Will Ferrel dan Paul Rudd.
  • Schmigadoon!
    • Sebuah siri komedi parodi muzikal, di mana Melissa (Cecily Strong) dan Keyas (Keegan-Michael Key) terperangkap dalam satu bandar magis yang menjadikan semua orang hidup di tahun 1940-an dan di semua tinggal di dalam studio muzikal. Mereka hanya boleh bebas, jika kembali mencintai antara satu sama lain.
  • Mr. Corman
    • Satu lagi siri komedi muzikal, tetapi dengan elemen drama yang lebih serius. Memfokuskan kehidupan sengsara watak Josh Corman (lakonan Joseph Gordon-Levitt). Beliau adalah seorang pemuzik dengan impian yang tidak tercapai, hutang keliling pinggang dan tidak bernasib baik.

Siri TV Lepas Dengan Musim Baharu

  1. The Morning Show
    • Siri TV mengisahkan individu di sebalik rancangan TV awal pagi. Akan bersambung untuk musim kedua.
  2. Ted Lasso
    • Siri TV komedi mengisahkan pelatih bola sepak Amerika yang perlu melatih pasukan di British, tetapi tiada pengalaman. Musim kedua bakal tiba tidak lama lagi.
  1. See
    • Jauh di masa hadapan adalah di mana garis masa siri TV ini berlaku. Manusia sudah kehilangan daya penglihatan, kaedah komunikasi baharu dicipta, kepercayaan agama masing-masing, bumi sudah musnah dan manusia berpecah. Tetapi masih ada peluang untuk memulakan kembali tamadun moden generasi baharu. Musim kedua juga akan tiba kelak.
  2. Truth Be Told
    • Seorang hos podcast mencipta nama selepas berjaya memenjarakan suspek pembunuhan. Tetapi bukti baharu yang muncul, memberi petanda yang suspek tersebut tidak bersalah. Juga akan kembali untuk musim kedua.

Filem

  • CODA
    • Seorang remaja wanita Ruby (Lakonan Emilia Jones, Locke & Key) mempunyai daya pendengaran normal, tetapi ibu bapa beliau pekak. CODA, child of deah adults. Ruby seorang anak yang bertanggungjawab menjaga kedua ibu bapa, tetapi selepas menemui bakat menyanyi – beliau dalam dilema sama ada mengejar impian atau ibu bapa. Siaran bermula 13 Ogos 2021.

Siri Kanak-Kanak

  1. Wolfboy and the Everything Factory
    • Siri animasi baharu khusus untuk kanak-kanak. Butiran lanjut masih belum didedahkan.
  1. Puppy Place
    • Juga belum didedahkan lagi butiran jelas, kelihatan seakan dua adik-beradik dan anjing kesayangan.
  1. Doug Unplugs
    • Siri animasi mengisahkan robot yang diberi nama Doug. Mula mempunyai fikiran tersendiri untuk meneroka dunia manusia dan menemui rakan baru. Musim baharu akan tiba kelak.

Turut kelihatan banyak lagi kandungan akan tiba seperti animasi Stillwater, siri TV baharu bertemakan kecergasan – Physical atau juga musim baharu Trying. Apple TV+ berharga RM19.90 sahaja sebulan untuk individu (percuma 7 hari), RM33.90 sebulan (percuma sebulan) untuk enam orang melalui Apple One (seorang RM5.65) atau percuma setahun dengan setiap pembelian produk baharu Apple. Untuk pelajar, langgan Apple Music RM6.90 sebulan dan anda akan menerima akses Apple TV+ percuma.

Sohor Kini