Kami baru sahaja melaporkan bahawa Epic Games Store baru sahaja menawarkan Control sebagai permainan percuma terbaru mereka.

Selain daripada itu, ia juga baru sahaja mengumumkan bahawa ia sedang menawarkan langganan Discord Nitro untuk percuma selama tiga bulan untuk pengguna-pengguna Discord yang baru ataupun tidak pernah melanggan Discord Nitro sebelum ini.

Untuk mendapat langganan ini, pengguna hanya perlu ke Epic Games Store atau Epic Games Launcher dan pergi ke bahagian Store, dimana promosi Discord Nitro ini akan tertera. Anda hanya perlu menekan butang penebusan promosi ini, dan Epic Games Store akan menghantar emel kepada anda yang mengandungi pautan untuk tebusan Discord Nitro percuma.

Anda kemudiannya hanya perlu mendaftar akaun Discord baru atau melog masuk kedalam akaun Discord anda, dan anda akan diminta untuk memasukkan butiran kad kredit atau debit anda, dan anda akan menerima langganan Discord Nitro percuma anda untuk tiga bulan akan datang.

Promosi ini akan berterusan sehingga 24 Jun kelak, dimana selepas anda menerima emel pengesahan daripada Epic Games, pautan untuk menebus Discord Nitro tersebut akan dimatikan selepas 24 Julai kelak.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini, anda boleh membaca mengenainya di pautan ini.

Sohor Kini