Skip to main content

Semakin hari, semakin banyak platform penstriman video ditawarkan sehinggakan keliru untuk langgan yang mana satu dan kekal setia dengan yang mana satu. Baru-baru ini, Disney+ Hotstar dilancarkan di Malaysia. Tidak lama lagi, HBO Max pula dilaporkan akan tiba ke pasaran tempatan. Sudah pasti, jika ada terlampau banyak platform komitmen bulanan juga semakin tinggi dan ramai inginkan pakej berkas.

Astro dilaporkan akan hadir dengan Sooka. Ia dikatakan adalah platform untuk banyak perkhidmatan penstriman video di bawah satu pakej. Menjelang 2023, mereka dikatakan menyasarkan 15 perkhidmatan di bawah Sooka. Tetapi menurut laporan di Amanz, informasi Sooka yang didedahkan dilihat amat berlainan.

Sooka dilihat akan menawarkan akses kepada pelbagai drama dan filem secara percuma. Tetapi jika ingin menstrim kandungan sukan, RM 15.90 adalah caj langganan bulanan yang dikenakan. Kandungan sukan yang mereka promosikan adalah 51 perlawanan UEFA EURO 2020. Sooka akan dilancarkan pada 8 Jun, tepat 8 pagi – sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply