Us Again adalah filem pendek baharu Disney yang ditayangkan bersama-sama dengan filem Raya and the Last Dragon. Filem pendek Us Again juga menerima sambutan baik kerana kali terakhir filem pendek seperti ini ditayangkan adalah dengan filem Moana enam tahun lepas.

Filem pendek Us Again mengisahkan sepasan suami dan isteri tua sekitar 60 tahun yang kehangatan cinta mereka semakin pudar. Art si suami mula mengimbau kenangan silam yang manis dan berdansa dengan isteri. Jiwa muda dan romantis mereka kembali menghangatkan cinta sejati.


Dalam temubual yang dapat saya sertai awal pagi tadi bersama pengarah/penulis Zack Parrish dan juga pasangan tarian Keone dan Mari Madrid iaitu koreografer bagi pergerakan tarian dalam filem ini – mereka telah menjawab beberapa soalan yang mungkin anda tidak tahu.

Adakah filem pendek ini akan dikembangkan menjadi filem penuh?

Zack menjawab yang filem ini adalah satu filem dengan konsep yang menarik. Dunia filem ini sendiri masih banyak boleh diterokai dalam muzik atau juga tarian. Tetapi dari awal lagi, niat untuk Us Again adalah untuk menayangkan sebuah filem pendek sahaja dan tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk diteruskan menjadi satu filem penuh.

Puddles, filem pendek Disney+ 2019 – oleh Zack Parrish

Bagaimanakah setiap langkah tarian ini dihasilkan?

Keone dan Mari Madrid menjawab yang mereka berdua sudah lama bekerja dengan Disney dan juga sudah faham konsep daripada Zack. Memandangkan Zack ada banyak pengalaman dalam menghasilakn filem pendek tanpa dialog dan tarian kami juga adalah satu cerita yang disampaikan tanpa dialog – setiap pergerakan tarian yang ada dalam filem ini juga mudah untuk dihasilkan. Ia adalah inspirasi daripada karya-karya Zack dan pengalaman tarian Keone dan Mari Madrid.

Ada perancangan untuk filem pendek seakan Us Again menggunakan elemen tarian Malaysia?

Dengan Disney yang mula fokus kepada peminat di Asia Tenggara, seperti filem Mulan dan filem animasi Raya and the Last Dragon, Zack, Keone dan Mari menyatakan mereka tiada perancangan untuk menghasilkan filem pendek lain menggunakan elemen Asia Tenggara, seperti Malaysia. Ini kerana tarian Keone dan Mari itu sendiri adalah unik dengan gerak tarian ciptaan sendiri. Asas tarian mereka juga adalah untuk sesuai dengan peminat Asia Tenggara.

Tarian Hip Hop mereka juga masuk dalam kategori Hip Hop, walaupun ia bukan Hip Hop sebenar – kerana memfokuskan hiburan terbuka untuk semua orang sedunia boleh menikmatinya.


Filem ini akan disiarkan di Disney+ Hotstar Malaysia pada 4 Jun, bagi yang terlepas pandang semasa pawagam – ini masanya untuk anda saksikan.

Sohor Kini