Cars adalah francais filem animasi Pixar yang ditayangkan pada Jun 2006. Ia diteruskan dengan sekuel Cars 2 pada 2011 dan Cars 3 pada 2014. Ia juga merupakan filem terakhir Pixar sebelum studio animasi ini dibeli oleh Disney. Populariti filem ini membuatkan Disney hadir dengan filem sampingan, Planes pada 2013 dan Planes: Fire & Rescue pada 2014 melalui studio yang kini sudah ditutup – DisneyToon Studios.
Kini dengan adanya Disney+, Disney dapat kembalikan semula Planes. Kelak pada tahun 2022, siri animasi Cars akan disiarkan. Ia akan memfokuskan kepada watak Lightning McQueen (lakonan suara Keith Ferguson) dan Mater (lakonan suara Larry The Cable Guy) mengembara ke luar negara. Mereka akan terokai pelbagai lokasi baharu, sambil bertemu kembali dengan rakan-rakan lama.
Dalam siri animasi ini, watak-watak daripada Planes turut akan dikembalikan. Dusty Crophopper, Ned, Zed, Leadbotttom, dan El Chupacabra adalah antara watak yang dilaporkan akan kembali. Lebih menarik, pelakon suara seperti Dane Cook, Gabriel Iglesias, Cedric The Entertainer, dan juga Carlos Alazraqui akan kekal dengan watak masing-masing.
Memandangkan Cars adalah antara francais filem Pixar yang berjaya sebelum dibeli Disney, jelas sekali dengan menyiarkan kembali sesuatu yang diminati Disney ingin menarik lebih ramai lagi menjadi pelanggan Disney+. Peminat Cars masih ada sehingga hari ini, bayangkan selipar Crocs edisi Lightning McQueen habis dijual sehingga Scalpers menjual 10 kali ganda daripada harga asal.