Cars adalah francais filem animasi Pixar yang ditayangkan pada Jun 2006. Ia diteruskan dengan sekuel Cars 2 pada 2011 dan Cars 3 pada 2014. Ia juga merupakan filem terakhir Pixar sebelum studio animasi ini dibeli oleh Disney. Populariti filem ini membuatkan Disney hadir dengan filem sampingan, Planes pada 2013 dan Planes: Fire & Rescue pada 2014 melalui studio yang kini sudah ditutup – DisneyToon Studios.

Filem ini penuh dengan komedi, aksi, drama dan unik. Sehingga hari ini, masih ramai peminat kepada filem ini. Bagi yang tonton filem ini ketika kanak-kanak, kini sudah dewasa akan menjadikan filem ini sebagai kenangan menarik ketika zaman dulu. Crocs iaitu jenama kasut getah, hibrid selipar + sandal hadir dengan edisi khas Cars tahun 2019 dan dijual pada harga $49.99 (~RM205). Ya, ia memang mahal. Tetapi sejak awal pagi tadi, The Lightning McQueen Crocs yang bertemakan watak utama filem ini kembali dijual pada harga $39.99 (~RM164).

Hanya sekelip mata sahaja, ia sudah habi dijual. Keunikan kasut getah ini adalah ia mempunyai lampu LED yang bertahan lama. Disebabkan permintaan produk ini tinggi, ramai menjadi scalper membeli secara pukal dan menjual balik pada harga yang gila tinggi. Disebabkan ia ditawarkan untuk orang dewasa, ramai yang ingin memilikinya. Harga jualan di eBay adalah sekitar $250 (~RM1025) dan dalam carian saya ada yang mencapai sehingga $350 (~RM1436). Laporan daripada Comicbook.com pula menyatakan ada yang menjual sehingga $400, iaitu sekitar lebih RM1600.

Sohor Kini