Sebelum Marvel mengumumkan filem The Eternals, di mana mengumpulkan pelbagai pelakon hebat seperti Angelina Jolie, Kit Harington, Kumail Nanjiani, Ma Dong-seok dan ramai lagi – jujur saya katakan yang saya tidak pernah tahu akan kewujudan francais komik ini dalam Marvel. Ia adalah seperti Ant-Man dan Guardians of the Galaxy, atau juga Dr. Strangers.
Jadi, saya rasa seronok dan tidak sabar menantikan kehadiran filem ini. Pertama, setiap ahli dalam pasukan The Eternals ini adalah seakan dewa. Mereka adalah makhluk kuno yang memimpin dunia dengan menyamar menjadi manusia dan ada komuniti tersendiri dan sebagainya. Mereka tidak hiraukan langsung pasal tragedi yang berlaku di dunia, kerana beranggap bukan tanggungjawab mereka
Terkini video acah pertama solo (yang pertama diperlihatkan buat pertama kali dalam video Marvel Studios Celebrates The Movies) ini memperlihatkan asal-usul setiap ahli The Eternals dan kuasa masing-masing. Mereka juga dilihat sedar mengenai apa yang berlaku pada Avengers, seperti Captain Ameira dan Iron Man atau kehadiran Thanos memusnahkan bumi. Nampaknya, The Eternals kali ini sudah bersedia untuk tampilkan diri atau dedahkan diri kepada dunia yang mereka mungkin adalah pengganti kepada Avengers.

Berdasarkan ayat daripada suara latar video “Throughout the years we have never interfered, until now.“, ia mengesahkan lagi garis masa mengenai filem ini – di mana ia berlaku sebaik sahaja selepas Endgame. Walau bagaimanapun, sinopsis penuh dan jalan cerita masih sukar untuk diteka. Mungkin filem ini akan banyak memaparkan pelbagai garis masa menceritakan kisah setiap ahli dan bersambung ke masa sekarang.

Turut tidak pasti adakah The Eternals merupakan filem yang boleh bersambung dengan filem-filem atau siri TV MCU lain atau pun satu filem sahaja. Mereka akan muncul di mana pula? Garis masa tepat adalah sebelum WandaVision? Sebelum Falcon menjadi Captain America? Sama-sama kita nantikan.


