Tim Burton akan hadir dengan sebuah siri TV aksi nyata berasaskan Addams Family untuk Netflix. Siri TV ini akan memfokuskan kepada watak Wednesday, di mana selepas 25 tahun Gomez dan Morticia hilang iaitu ibu bapa Wednesday. Terdapat lapan episod yang menekankan watak ini yang sedang belajar di Nevermore Academy untuk mahir kuasa psikik beliau.

Sambil itu ada raksasa pembunuh muncul yang mungkin terlibat dengan misteri kehilangan Gomez dan Morticia. Terkini, pelakon bagi watak Wednesday telah ditemui – beliau adalah Jenna Ortega. Jenna sebelum ini telah berlakon untuk siri TV You musim kedua dan juga filem The Babysitter: Killer Queen  di Netflix.

Berdasarkan raut wajah beliau, bakat lakonan – tidak dinafikan yang Jenna adalah calon sesuai. Kini tinggal kita lihat rekaan watak beliau sahaja yang mungkin akan dipenuhi dengan solekan nampak pucat dan mengerikan. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut siri TV ini.

Sohor Kini