The Addams Family adalah francais siri TV, animasi dan juga filem/filem animasi mengenai keluarga Addam. Ia adalah sebuah keluarga yang misteri, aneh, seram, ngeri dan juga lucu. Gomez dan Morticia adalah suami dan isteri, ditemani dengan dua orang anak Wednesday dan Pugsley. Turut menyertai keluarga ini adalah Uncle Fester iaitu pakcik, Grandmama nenek, Lurch pembantu rumah, dan pergelangan tangan yang digelar sebagai Thing.

Francais ini diolah semula menjadi filem animasi 3D pada tahun 2019 dan sekuel pada tahun ini. Terkini, Tim Burton akan hadir dengan sebuah siri TV aksi nyata berdasarkan keluarga ini. Siri TV ini akan disiarkan di Netflix dan akan memfokuskan kepada watak anak perempuan keluarga IaddamsWednesday. Ia akan melihat Wednesday yang sedang belajar untuk mahir kuasa psikik beliau di Nevermore Academy. Sambil itu ada raksasa membunuh mengakibatkan kacau bilau dan Wednesday turut perlu selesaikan misteri membabitkan ibu bapa beliau.

Siri TV ini dilihat berlaku di masa hadapan, dan ibu bapa Wednesday mungkin mati/hilang 25 tahun lepas. Ia akan disampaikan dalam lapan episod. Tiada tarikh siaran atau senarai pelakon lagi. Tetapi mengenali Tim Burton, watak-watak dalam siri TV ini pasti kelihatan ngeri dengan alat solek tebal putih melepak, elemen seram pelik yang boleh membawa ke mimpi pasti akan ditawarkan.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini