Selepas sekian lama kita tidak menerima sebarang filem daripada francais G.I. Joe, iaitu kali terakhir pada tahu 2013 – filem Snake Eyes diumumkan. Ia adalah filem sampingan memfokuskan asal-usul Snake Eyes dengam lakonan daripada Henry Golding sebagai watak utama.
Pelbagai berita dan maklumat diterima mengenai filem ini, akhirnya video acah pertama diperlihatkan.
Filem ini dikatakan akan fokus bukan sahaja asal-usul Snake Eyes, tetapi turut memfokuskan hubungan beliau dengan Storm Shadow. Beliau dilihat dipilih sebagai Snake Eyes kerana menyelamatkan seseorang ahli daripada puak Jepun Arashikage. Walaupun begitu, tiada sebarang visual jelas beliau dalam kostum penuh.
Video ini turut memperlihatkan banyak aksi menarik dan kelihatan memuaskan. Turut jelas yang watak Henry masih lagi dalam latihan dan mungkin seperti kebanyakan filem asal-usul, hanya hujung filem baru kita akan lihat beliau dalam kostum penuh dengan skil sebenar.
Filem ini turut menyertakan Andrew Koji sebagai Storm Shadow, Úrsula Corberó sebagai The Baroness, Samara Weaving sebagai Scarlett, Haruka Abe sebagai Akiko, Tahehiro Hira pula melakonkan watak Kenta dan Iko Uwais memainkan watak Hard Master. Robert Schwentke adalah pengarah dan filem ini akan ditayangkan pada 23 Julai tidak lama lagi.