Justice League adalah filem yang menarik. Ia adalah filem DCEU, di mana mengumpulkan ramai adiwira daripada filem-filem DCEU lain dalam satu filem. Justice League adalah pesaing kepada Avengers oleh Marvel. Tetapi disebabkan Warner Bros. dan Joss Whedon, filem ini menerima kecaman. Walaupun Zack Snyder telah hadir dengan potongan beliau baru-baru ini, filem tersebut masih dikatakan tidak digemari oleh eksekutif Warner Bros. Mungkin eksekutif Warner Bros. selesa dengan penceritaan watal-watak DC dalam seakan versi siri TV The CW sahaja?

Antara yang tidak didedahkan dengan jelas dalam filem ini adalah watak Green Lantern. Walapun potongan Zack Snyder telah memperlihatkan sedikit adegan Green Lantern, latar belakang dan kisah watak tersebut tidak didedahkan dan dalam adegan Knightmare, satu watak Green Lantern dilihat mati. Antara visi Zack Snyder untuk watak Green Lantern dalam filem beliau adalah versi John Stewart. Sebelum ini beliau pernah mendedahkan pelakon watak ini sedang dalam proses penggambaran. Tetapi ia telah dipotong dalam filem versi beliau.

Pelakon ini adalah Wayne T Carr. Seperti filem Green Lantern lakonan Ryan Reynolds, watak Green Lantern ini juga menggunakan kostum CGI penuh. Dalam satu sesi soal jawab Cinemark Playa Vista, Zack Snyder telah mendedahkan imej Green Lantern versi penuh dengan visual dan kostum oleh Wayne T Carr. Seorang pengguna Twitter @IshaanSangha turut mendedahkan imej ini. Sayang sekali ia tidak berkualiti tinggi, tetapi masih jelas kelihatan yang watak ini dimainkan oleh Wayne T Carr.

Walaupun tiada sebab jelas kenapa babak ini dipotong, kemungkinan besar adalah kerana dunia Arrowverse ada merancang John Diggle adalah Green Lantern versi John Stewart dan kemudian HBO Max ada merancang siri TV baharu untuk watak ini. Mungkin eksekutif Warner Bros. tidak ingin penonton mereka keliru?