Army of the Dead adalah filem zombi daripada Zack Snyder yang akan disiarkan di Netflix pada 21 Mei kelak. Filem ini adalah filem seram kedua Zack selepas Dawn of the Dead yang ditayangkan pada 2004. Selama 17 tahun, filem ini menanti untuk disiarkan kerana idea filem ini muncul selepas filem Dawn of the Dead.

Banyak fakta menarik mengenai filem ini yang pasti buatkan anda terkejut. Anda boleh baca di sini: Fakta Menarik Filem “Army Of The Dead” – Filem Zombi Klise Dengan Iterasi Oleh Zack Snyder.

Terkini, Netflix mengumumkan yang 15 minit pertama filem ini akan disiarkan di YouTube pada 14 Mei tepat 1 pagi masa Malaysia. Ia akan disiarkan selama 32 jam sahaja, kerana itu adalah masa pasukan perompak dalam filem ini miliki sebelum kerajaan mengebom Las Vegas.

Siaran di YouTube ini turut akan menyertakan kata alu-aluan daripada Zack, pelakon seperti Dave Bautista, Ella Purnell, Omari Hardwick, Ana De La Reguera, Matthias Schweighöfer, Nora Arnezeder, Tig Notaro dan ramai lagi. Durasi filem ini adalah sekitar 2 jam 30 minit, selepas menonton awal filem ini – apa yang boleh aku katakan adalah 2 jam 30 minit ini adalah masa yang paling berbaloi. Filem ini gempak, lucu, aneh, serta luar biasa. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini