The Irregulars adalah siri TV baharu yang disiarkan di Netflix pada 26 Mac lalu. Ia adalah iterasi Netflix untuk kisah penyiasatan yang berlaku dalam dunia Sherlock Holmes, di mana sekumpulan remaja telah diperdaya oleh Dr. Watson untuk membantu menyiasat kes misteri yang membabitkan kuasa luar biasa seperti sihir. Siri TV ini turut mempunyai elemen seram dan versi tersendiri watak Sherlock Holmes oleh Netflix.

Siri TV ini juga adalah antara yang paling banyak distrim sejak disiarkan sehingga awal April. Ia berada di tempat pertama dengan 643 juta jumlah minit tontonan menurut analisa Nielsen. Terkini menurut Deadline, siri TV ini telah dibatalkan oleh Netflix. Sebab dibatalkan tidak didedahkan.

Thaddea Graham membintangi siri TV ini sebagai watak utama, Bea iaitu ketua kumpulan. Menyertai beliau adalah McKell David, Jojo Macari, Harrison Osterfield, Darci Shaw, Clarke Peters dan juga Henry Lloyd-Hughes sebagai Sherlock Holmes.

Tonton The Irregulars Di Netflix

Sohor Kini