The Irregulars adalah siri TV penyiasatan yang berlaku dalam dunia Sherlock Holmes, yang mengisahkan pasukan penyiasat remaja yang mana adalah golongan yang bermasalah seperti melakukan jenayah kecil di jalanan. Mereka telah dimanipulasi oleh Doctor Watson untuk membantu menjalankan satu penyiasatan misteri. Sudah tentu, kalau ada Dr. Watson akan ada Sherlock Holmes turut akan menampilkan diri.

Penyiasatan ini dilihat berkait dengan sihir, di mana kuasa luar biasa yang semakin kuat melibatkan banyak kematian dan pembunuhan misteri. Jadi pasukan ini akan menjadi penyiasat muda di bawah didikan Watson dan Holmes.

Video treler baharu memperlihatkan aksi yang seram, misteri, aneh dan banyak visual sihir menarik. Setiap ahli pasukan ini berusaha dan bersemangat menyelamatkan diri dan cuba menyelesaikan misteri pembunuhan dan magis yang berlaku. Pengembaraan mereka dilihat serius dan besar kemungkinan bukannya gimik seperti filem Sherlock Holmes pertama lakonan Robert Downey Jr. yang agenda sihir itu semuanya helah semata. Pembunuhan dalam treler ini juga ngeri dan gila seram.

Siri TV ini berlaku di abad-19 di London, antara pelakon yang terlibat adalah Thaddea Graham sebagai Bea; Darci Shaw sebagai Jessie; Jojo Macari pula sebagai Billy; Mckell David memainkan watak Spike, Harrison Osterfield pula Leopold; dan akhir sekali Clarke Peters sebagai The Linen Man. Dr. Watson dilakonkan oleh Royce Pierreson dan Sherlock Holmes dibawa oleh Henry Lloyd-Hughes. Ia akan disiarkan pada 26 Mac kelak, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini