Ejen Ali The Movie 2 Kini Berada Di Penulisan Skrip Fasa Ke-2

Ejen Ali adalah siri animasi popular di Malaysia, yang mengisahkan Ali memperoleh I.R.I.S iaitu gajet hebat dari organisai perisikan M.A.T.A. Hanya selepas dua musim, Wau Animation hadir dengan filem pertama mereka – Ejen Ali The Movie.

Terkini Usamah Zaid, iaitu pengasas Wau Animation telah mengacah yang Ejen Ali The Movie 2 sedang dibangunkan. Filem ini kini berada di fasa kedua penlulisan skrip. Filem kedua ini mungkin akan memfokuskan kepada S.A.T.R.I.A iaitu sut robotik baharu yang diperlihatkan dalam filem pertama. S.A.T.R.I.A akan diberikan kepada Ejen Ali sebagai pengganti kepada gajet lama I.R.I.S.

Buat masa ini masih tiada butiran lagi dari segi sinopsis, atau tarikh tayangan lagi. Kita juga tidak pasti sama ada adakah filem kedua keluar dahulu atau siri TV musim ketiga terlebih dahulu. Sama-sama kita nantikan.

Filem Pertama Ejen Ali The Movie Kini Disiarkan Di Netflix

Sohor Kini