Lebih kurang dua minggu lalu, Netflix telah mengumumkan kesinambungan siri anime Castlevania akan tiba pada 13 Mei ini. Ia merupakan musim keempat dan juga musim terakhir. Musim keempat mempunyai jumlah episod yang sama dengan musim ketiga, iaitu 10. Menjadikan siri Castlevania mempunyai 32 episod secara keseluruhan.

Netflix baru sahaja terbit video acah bagi musim keempat Castlevania;

Musim keempat akan memfokuskan bagaimana bangsa Wallachia menjadi semakin huru-hara. Puak-puak mula berpecah-belah, Trevor dan Syphia terpaksa menghalang daripada pelbagai pihak yang ingin hidupkan kembali Count Dracula dan adakah semuanya akan terselamat? Apa yang sebenarnya berlaku?

Sama-sama kita nantikan 13 Mei ini di Netflix Malaysia.

Sohor Kini