Netflix telah mengumumkan yang musim keempat untuk siri animasi Castlevania akan tiba di platform penstriman tersebut pada 13 Mei 2021. Mereka juga telah mengatakan yang musim keempat ini akan menjadi musim terakhir untuk siri akan tetapi mereka akan hadir dengan siri baharu dengan watak-watak berlainan tetapi di dalam dunia yang sama.

Castlevania merupakan adaptasi kepada permainan berjudul sama oleh Konami, ia memfokuskan kepada watak Trevor Belmort, Sypha Belnades dan Alucard di dalam usaha dan pengembaraan mereka untuk melawan Vlad Dracula Tepes dan juga vampire-vampire lain.

Seperti musim ketiga, musim keempat juga akan mempunyai 10 episod menjadikan jumlah keseluruhan episod untuk siri ini adalah 32 episod. Ia adalah satu jumlah yang sedikit, terutama untuk siri yang sangat baik ini. Namun, kami tetap ternanti-nanti penceritaan seterusnya yang akan di bawa oleh Netflix.

Sohor Kini