Dexter Morgan, seorang pakar percikan darah di balai polis Miami mempunyai nafsu membunuh yang luar biasa. Membunuh adalah dadah bagi diri beliau. Musim akhir siri TV ini adalah musim lapan yang disiarkan pada tahun 2013. Selepas 7 tahun, Showtime menyatakan yang siri TV ini akan kembali pada tahun ini dan pelakon Michael C. Hall akan kembali.

Jalan cerita siri TV ini masih tidak pasti. Dexter berakhir dengan beliau cuba insaf kerana kesal dengan diri yang menjadi pembunuh bersiri. Beliau ingin insaf kerana untuk melindungi anak beliau. Untuk itu, beliau asingkan diri dengan menipu kematian dan menyamar sebagai orang baru. Buat pertama kali video acah dikongsi, Dexter dilihat seakan masih bernafsu untuk membunuh.

Yvonne Strahovski yang memainkan watak Hannah McKay masih tidak pasti akan berlakon dalam musim baru ataupun tidak. Jika tidak, penulis Clyde Phillips harus ada idea bijak. Hannah kali terakhir dilihat melarikan diri bersama-sama dengan anak Dexter, Harrison. Mungkin Harrison jadi seperti bapa beliau dan bunuh Hannah? Siri TV 10 episod ini Dexter memburu Harrison?

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan. Siri TV ini dijadualkan untuk disiarkan pada sekitar September – Disember tahun ini.

Sohor Kini