Dexter adalah siri TV dari Showtime, yang mengisahkan seorang pakar percikan darah di Miami Police Department (MPD). Tetapi di pekerjaan di balai polis ini, Dexter adalah seorang pembunuh bersiri yang membunuh mereka yang layak sahaja bagi memuaskan nafsu beliau terhadap darah dan kekejaman.

Siri TV ini bermula pada tahun 2006 dan tamat pada tahun 2013. Terkini, pihak Showtime telah mengesahkan yang Dexter akan kembali untuk musim kesembilan dengan 10 episod. Menariknya, Michael C. Hall akan kembali sebagai pelakon utama iaitu Dexter. Manakala, Clyde Phillips pula kembali sebagai penulis dan penerbit.

Pada tahun 2015, ada khabar yang menyatakan pihak Showtime akan kembali dengan siri ini. Ada yang kata olahan semula, ada kata sambungan dan pihak atasan pula katakan – siri TV ini hanya akan kembali jika ada idea yang menarik yang sesuai. Nampaknya, idea ini telah tiba dan kita bakal saksikan siri TV kembali pada tahun 2021. Ia akan memulakan penggambaran pada tahun hadapan dan hanya hujung tahunnya, baru ia akan disiarkan.

Pelakon lain seperti Yvonne Strahovski yang memainkan watak Hannah McKay, masih tidak tahu lagi akan kembali atau pun tidak. Beliau adalah watak terakhir yang memainkan peranan penting dalam siri TV ini. Ini kerana anak Dexter, iaitu Harrison telah larikan diri bersama Hannah. Dexter yang kali terakhir kita lihat telah menggunakan ideniti baru selepas memalsukan kematian beliau.

Jadi apakah yang bakal berlaku? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: THR

Sohor Kini