Skip to main content

Justice League adalah filem yang ditayangkan pada tahun 2017. Filem ini menerima kritikan yang banyak dan tidak digemari ramai kerana mempunyai penyampaian cerita yang tidak menarik. Filem yang pada asalnya adalah filem Zack Snyder, diambil-alih oleh Joss Whedon kerana masalah keluarga.

Disebabkan Joss Whedon, visi asal Zack Snyder tidak tercapai. Filem ini mempunyai banyak potongan, suntingan tidak masuk akal dan terlampau ceria. Warner Bros. baru-baru ini terbit video acah baru versi 4K bagi filem ini, ia terus menerima puluhan ribu dislike.

Empat tahun berlalu, Warner Bros. memberikan kelulusan kepada Zack untuk siapkan filem Justice League dengan visi beliau. Hadirlah filem, Zack Snyder’s Justice League. Filem empat jam dalam format IMAX 4:3, dengan suntingan baru, rakaman semula serta penceritaan yang lebih menarik. Filem 2017 turut diejek menjadi Josstice League.

Disebabkan filem ini, daripada trend #ReleaseTheSnyderCut kini menjadi #RestoreTheSnyderVerse kerana peminat inginkan dunia DCEU hadir dengan filem-filem dengan visi Zack Snyder. Antara yang dirancang adalah trilogi Justice League (adegan Knightmare salah satu daripadanya) dan juga filem Supergirl.

Tetapi Warner Bros. masih bertegas, filem Justice League 2017 masih dikira sebagai filem Justice League utama dan versi Zack Snyder hanya versi untuk peminat. Zack juga katakan, beliau tidak lagi ingin terlibat dengan projek filem ini kerana banyak memori sedih seperti kematian anak beliau dan ingin teruskan kehidupan seperti biasa selepas kerja yang tidak siap disiapkan.

Walaupun filem Zack memfokuskan kepada Cyborg dan The Flash, isu Ray Fisher membuatkan filem solo beliau terus batal. Manakala The Flash pula akan menjadi filem solo yang dikhabarkan membaiki dunia DCEU.

Leave a Reply