Jin dalam botol adalah cerita klasik yang menarik, di mana seorang individu menemui sejenis balang, botol atau teko dan di dalamnya ada makhluk yang boleh menunaikan apa jua permintaan kerana telah membebaskan ia. Contoh paling mudah adalah Aladdin daripada Disney.

Sony Animation turut mempunyai iterasi tersendiri bagi konsep cerita jin di dalam botol ini. Khusus untuk pasaran China, filem animasi Wish Dragon telah pun ditayangkan di negara sana. Seorang lelaki menemui teko dan di dalamnya ada naga berwarna merah jambu yang boleh tunaikan permintaan beliau. Dengan perjanjian antara Sony dan Netflix, filem ini akan disiarkan di Netflix untuk pasaran global.

Filem ini turut dihasilkan oleh studio dari China, yang mana diadaptasi daripada buku kanak-kanak yang ditulis oleh Chris Applehans. Chris turutn menjadi penulis dan pengarah filem animasi ini. Wish Dragon menggunakan tema di dunia moden Shanghai, di mana si naga sudah berzaman terperangkap di dalam teko. Din (lakonan suara Jimmy Wong, Lin dalam filem aksi nyata Mulan) dan Long naga merah jambu lucu (lakonan suara John Cho, Harold dalam Harold & Kumar) akan menjadi fokus utama.

Din adalah seorang pelajar kolej dengan cita-cita tinggi, tetapi hanya sembang lebih – usaha tiada. Apabila bertemu dengan Long, beliau mula ingin mencari kawan lama Li Na (lakonan suara Natasha Liu Bordizzo, Nova dalam Guns Akimbo). Filem ini penuh dengan pengembaraan yang memfokuskan kepada erti kehidupan. Dengan kebolehan permintaan ditunaikan, Din perlu berfikir sebelum bertindak untuk minta apa yang penting. Dalam filem ini hanya Din seorang sahaja yang boleh nampak Ling,

Antara pelakon suara lain adalah Constance WuWill Yun LeeBobby LeeJimmy O. Yang, dan  Ian Chen. Ketika artikel ini ditulis, tarikh siaran di Malaysia masih tidak didedahkan. Tetapi filem ini akan tiba di Netflix 11 Jun kelak.

Sohor Kini