Dua bulan lepas, Pixar memperlihatkan video acah bagi filem animasi baharu – Luca. Ia adalah filem mengisahkan dua orang sahabat Luca dan Alberto, yang merupakan raksasa laut jadian. Di dalam air atau apabila air terkena pada diri masing-masing, mereka akan menjadi raksasa laut. Tetapi di daratan, mereka adalah manusia biasa.

Filem ini akan fokus kepada watak Luca, yang mana buat kali pertama menjejakkan kaki di daratan walaupun sudah diberi amaran jangan. Alberto yang berpengalaman, menjadi kawan baik beliau untuk sama-sama mengembara di kawasan Riviera Itali. Video acah baharu memperlihatkan lagi keeratan persahabatan mereka sambil menerokai dunia daratan. Tetapi mereka harus sedari yang manusia dan raksasa laut adalah spesis berbeza dan semuanya ada had.

Filem ini buat masa ini terhad disiarkan di Disney+ pada 18 Jun kelak. Masih tidak pasti jika filem ini akan menembusi pasaran tempatan ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini