Luca adalah filem animasi seterusnya dari Pixar dan Disney. Filem ini mengisahkan dua orang rakan yang sedang seronok bercuti kawasan Riviera Itali. Sedang mereka bergembira, mereka juga memegang satu rahsia besar – iaitu mereka berdua boleh berubah menjadi raksasa laut. Adakah mereka raksasa laut jadian?
Filem ini diarahkan oleh Enrico Casarosa, yang mana ini adalah filem penuh pertama beliau. Sebelum ini beliau arahkan filem animasi pendek La Luna yang ditayangkan pada tahun 2012 bersama-sama dengan filem Brave. Andrea Warren, iaitu penerbit filem “Lava” dan “Cars 3” akan menerbit filem ini juga.
Filem ini akan tiba pada 18 Jun, tetapi masih tidak pasti untuk tayangan di pawagam atau penstriman di Disney+.