Bagi peminat Zack Snyder, lagi-lagi untuk filem Dawn of the Dead – kehangatan penantian filem Army of the Dead agak hebat. Ini kerana, Zack Snyder sudah lama tidak hadir dengan filem zombi atau konsep filem seram begini. Semalam video acah kedua filem ini telah pun diperlihatkan. Dave Bautista yang memainkan watak Scott telah direkrut untuk merompak $200 juta dalam kasino di Las Vegas yang penuh dengan zombi.

Filem ini adalah filem Netflix dan mereka yakin yang filem ini akan berjaya. Oleh yang demikian prekuel untuk filem ini telah ditempah untuk dijadikan sebagai satu francais. Buka itu sahaja, tahun lepas filem ini juga disahkan akan ada prekuel dal;am bentuk animasi. Untuk filem prekuel ini Matthias Schweighöfer akan mengarah filem prekuel, yang mana beliau juga adalah pelakon yang memainkan watak Ludwig Dieter untuk kedua-dua filem. Filem prekuel ini diberi judul Army Of Thieves.

Filem prekuel ini akan memfokuskan kepada watak Ludwig Dieter yang mana akan menceritakan bagaimana beliau jatuh cinta dengan memecahkan kod peti simpanan. Dalam video acah filem Army of the Dead semalam, turut kelihatan peti simpanan besar yang mana menurut Zack – penonto akan lebih faham kenapa peti simpanan itu penting kepada Ludwig. Kemudian filem prekuel ini berlaku pada awal wabak zombi ini melanda. Kedua-dua filem ini dikatakan lebih kurang macam filem zombi yang dikenali orang ramai tetapi dengan iterasi beliau tersendiri.

Matthias Schweighöfer, Nathalie Emmanuel, Guz Khan, Ruby O. Fee, Stuart Martin, dan Jonathan Cohen akan berlakon dalam filem prekuel ini, tetapi Dave Bautista dilihat tidak disenaraikan. Masih tiada lagi maklumat lain mengenai siaran filem ini. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply