Dawn of the Dead adalah filem seram olahan semula Zack Snyder yang ditayangkan pada tahun 2004, berdasarkan filem klasik tahun 70-an dengan judul yang sama. Ia bertemakan zombi dan sekumpulan manusia yang ingin menyelamatkan diri. Bertahun lamanya Zack Snyder tiada filem begini, akhirnya Army of the Dead diumumkan – iaitu filem zombi dengan visi berbeza.

Wabak zombi memang sudah berlaku dalam dunia filem ini. Scott Ward lakonan Dave Bautista adalah veteran perang zombi yang kini bekerja di kedai makan sahaja. Direkrut oleh Bly Tanaka lakonan Hiroyuki Sanada, Scott ditawarkan ganjaran $50 juta untuk merompak kasino di Las Vegas yang dipenuhi zombi. Dalam kasino ini ada $200 juta dan 1/4 daripadanya adalah milik beliau. Tidak ingin lepaskan peluang ini, Scott rekrut rakan lama dan sekumpulan dengan bantuan Bly – mereka merompak dan menempuh serangan zombi.

Tapi, tanpa mereka sedari – zombi ini bukan zombi yang Scott pernah perang dahulu. Sebaliknya sudah melalui evolusi dan telah menjadi bijak, licik, bersatu antara satu sama lain serta mampu merancang dengan strategik untuk memburu manusia. Aksi yang gempak, ganas dan mungkin filem ini mempunyai penceritaan yang menarik. Zombi juga dilihat ada banyak jenis dan berbeza dengan konsep zombi yang kita biasa lihat. Adakah Scott dan rakan mampu terus hidup? Kenapa Bly pilih mereka? Adakah zombi bijak ini musuh sebenar?

Persoalan akan dijawab dalam filem ini pada 21 Mei, siaran di Netflix Malaysia tepat pada 3 petang.

Sohor Kini