Filem seram Dawn of the Dead diarahkan oleh George A. Romero, yang mana ditayangkan pada tahun 1978. Pada tahun 2004, Zack Snyder mengolah semula filem ini dan menerima maklum balas yang positif. Bertahun lamanya, Zack Snyder tidak mempunyai filem seram – beliau kembali pada tahun 2021 dengan filem Army of the Dead.

Filem ini dihasilkan oleh Universal Studios dan Warner Bros. Entertainment, di mana diarahkan dan dihasilkan oleh Zack Snyder. Skrip turut ditulis oleh Shay Hatten dan Joby Harold. Zack dan isteri beliau Deborah Snyder bersama-sama dengan Wesley Coller turut menjadi penerbit. Filem ini dibangunkan sejak tahun 2019, tetapi tidak banyak yang dikongsi.

Akhirnya, video acah telah diterbit selepas sejak beberapa hari lepas beberapa imej awal diperlihatkan. Filem ini mengisahkan sepasukan perompak ingin merompak sebuah kasino di Las Vegas. Tetapi, bandar telah dikuarantin dan terbiar kerana terdapat banyak zombi. Filem ini juga menerima pengkadaran R atau untuk tontonan penonton matang atau di Malaysia untuk 18 tahun dan ke atas.

Ini kerana filem ini adalah sangat ganas, ngeri, mungkin seram gila dan pasti akan menggunakan banyak kata-kata kesat. Pelakon filem ini adalah;

Dave Bautista, Ella Purnell, Omari Hardwick, Ana De La Reguera, Theo Rossi, Matthias Schweighöfer, Nora Arnezeder, Hiroyuki Sanada, dan Garret Dillahunt, Tig Notaro, Raúl Castillo, Huma Qureshi, Samantha Win, Richard Cetrone, Michael Cassidy.

Filem ini akan disiarkan di Netflix pada 21 Mei 2020. Bagi peminat Dawn of the Dead versi Zack Snyder dan ingin lihat kembali filem seram beliau, sama-sama kita saksikan kelak.

Sohor Kini