Netflix telah mengumumkan yang Legendary Pictures dan Sunrise akan menerbitkan filem aksi nyata berdasarkan siri anime popular iaitu Gundam yang telah tiba sejak tahun 1979 lagi. Ia akan diedarkan secara global oleh Netflix kecuali di China.
Netflix juga telah mengumumkan yang Jordan Vogt-Roberts akan mengarah filem ini, beliau sebelum ini adalah pengarah untuk Kong: Skulls Island dan sedang membangunkan filem Metal Gear Solid. Brian K. Vaughan akan menjadi penulis dan juga penerbit eksekutif bersama dengan Cale Boyter.
Buat masa ini, penceritaan untuk filem aksi nyata ini dan juga tarikh siaran tidak dikongsikan. Kami akan kemaskini apabila ia diumumkan kelak.