Filem animasi Final Fantasy VII: Advent Children tiba di panggung wayang dan DVD pada tahun 2005 sebagai sebuah sekuel kepada permainan JRPG Final Fantasy VII keluaran Square-Enix.

Terkini, filem tersebut nampaknya akan menerima sejumlah kemaskini kualiti seperti penaiktarafan resolusi ke 4K dan juga ciri HDR pada bulan Jun 8 ini melalui penjualan cakera Blu-Ray.

Final Fantasy VII: Remake pula akan menerima kemaskini Intergrade pada bulan Mei ini untuk konsol PlayStation 5, yang turut menyertakan kandungan baru dan pengenalan kepada satu lagi watak popular Final Fantasy VII, iaitu Yuffie Kisaragi.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Final Fantasy VII: Advent Children ialah sambungan kepada jalan permainan Final Fantasy VII yang asal, jadi jika anda hanya pernah bermain versi Remake, sebahagian besar jalan cerita filem ini akan sukar untuk anda fahami.

Walaupun begitu, pada pendapat saya versi penambahbaikan ini sangat dinanti-nantikan peminat lama Final Fantasy VII khususnya untuk pertarungan terakhir diantara Cloud Strife dan juga Sephiroth.

Sohor Kini