Hanna-Barbera adalah studio produksi animasi terkenal pada suatu ketika dahulu. Ditubuhkan pada tahun 1957 oleh bekas pencipta Tom and Jerry dan bekas pengarah animasi Metro-Goldwyn-Mayer – William Hanna dan Joseph Barber. Antara animasi terkenal ciptaan studio ini adalah The FlintstonesThe Yogi Bear ShowThe JetsonsTom & JerryScooby-Doo, Where Are You! dan The Smurf. Pada tahun 1966 Hanna-Barbera dibeli oleh Taft Broadcasting yang bertahan sehingga 1987, kerana tidak dapat mengaut keuntungan.

Turner Broadcasting System menyelamatkan Hanna-Barbera pada tahun 1991 dan pada tahun 1996 Turner bergabung dengan Time Warner dan Hanna-Barbera menjadi sebahagian daripada Warner Bros. Animation. Warner Bros. menggunakan hak-hak IP Hanna-Barbera untuk Cartoon Network sehingga hari ini selepas Hanna-Barbera mati pada 2001. William Hanna dan Joseph Barber kemudian meninggal dunia pada 2001 dan 2006. Sehingga hari ini, semua animasi popular ini adalah di bawah Cartoon Network dan Warner Bros.

20 tahun berlalu, WarnerMedia kini mengembalikan nama Hanna-Barbera sebagai Hanna-Barbera Studios untuk animasi pasaran Eropah. Hanna-Barbera Studios akan menggantikan Cartoon Network Studios Europe di bawah Great Marlborough Productions sebagai studio animasi utama di Eropah. Sam Register selaku presiden animasi Warner Bros. Animation (WBA) dan Cartoon Network Studios (CNS), dan Vanessa Brookman akan mengetuai studio baru ini.

Selepas filem Scoob! keluar, pencipta mereka menyatakan yang mereka berhasrat untuk hadir dengan dunia animasi baharu yang menggabungkan semua watak-watak animasi Hanna-Barbera. Siri-siri animasi berbeza boleh merentas ke dalam animasi lain. Filem Space Jam: A New Legacy juga telah mula memperlihatkan penampilan khas animasi-animasi Hanna-Barbera, jadi mungkin akan ada projek lain diumumkan kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini