Warner Bros hari ini mengumumkan yang filem animasi Scoob! iaitu filem yang akan memfokuskan asal-usul Scooby- Doo tidak akan dikeluarkan melalui wayang tetapi tiba terus secara digital bermula 15 Mei ini di Amerika Syarikat dan negara-negara tertentu.

Ia merupakan tarikh yang sepatutnya filem tersebut dikeluarkan di wayang. Dengan kebanyakan wayang serata dunia tutup kerana pandemik covid-19, mungkin inilah cara terbaik untuk filem ini.

Filem tersebut boleh disewa dengan harga $19.99 (RM87) untuk 48 jam ataupun dibeli secara terus dengan harga $24.99 (RM109), melalui pengedar filem digital utama.

Sohor Kini