Jupiter’s Legacy adalah siri TV adiwira baharu dari Netflix yang memfokuskan pewaris kepada hero-hero lama yang sudah lama berkhidmat. Kini giliran anak-anak mereka pula menjadi hero utama dunia melindungi dunia dari musuh. Tetapi mereka harus buktikan yang mereka benar-benar layak menjadi pengganti kerana menjadi hero dunia adalah tanggungjawab besar. Rekaan watak telah diperlihatkan bulan lepas dan kini video acah pertama telah dipertontonkan.

Siri TV ini diadaptasi dari komik dengan judul yang sama, iaitu karya Mark MillarMark adalah penulis komik yang agak hebat, turut terkenal dengan Kick-Ass dan juga Kingsman. Komik ini diambil inspirasi dari Star WarsKing Kong, mitologi Rom dan juga komik DC Golden Age of Comics. Kisah kekeluargaan, kesetiaan, yang berlaku dari zaman silam sehingga zaman sekarang akan disampaikan. Adakah yang tua patut pencen dan percaya kepada yang muda, atau sekali lagi sebelum pencen bekerjasama bersama-sama?

Video acah memperlihatkan aksi yang menarik dan gempak. Mungkin siri TV ini akan memuaskan semua orang? Apa-apa pun, ia akan tiba 7 Mei ini di Netflix Malaysia pada 3 petang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini