Skip to main content

7 Mei ini Netflix akan menyiarkan siri TV adiwira aksi nyata baharu – Jupiter’s Legacy. Siri TV ini diadaptasi dari komik dengan judul yang sama, iaitu karya Mark Millar. Mark adalah penulis komik yang agak hebat, turut terkenal dengan Kick-Ass dan juga Kingsman.

Video awal yang Netflix kongsi hanya memperlihatkan logo, serta alih suara salah seorang watak mengenai legasi adiwira. Kini, Netflix hadir dengan video treler baharu mempertontonkan rekaan watak-watak dalam siri TV ini.

Kostum setiap watak adiwira juga diperlihatkan dengan jelas, begitu juga rekaan penjahat. Dari video, ia kelihatan siri TV ini mempunyai bajet yang tinggi. Tetapi kesan visual grafik tidak diperlihatkan dengan jelas.

Komik ini diambil inspirasi dari Star Wars, King Kong, mitologi Rom dan juga komik DC Golden Age of Comics. Siri TV ini akan memfokuskan kepada kekeluargaan, kesetiaan, yang mana akan berlaku dari zaman silam sehingga zaman sekarang. Dalam siri TV ini, sudah sampai masanya adiwira generasi lama berhenti mempertahankan dunia. Kini tiba masa untuk generasi baharu, iaitu anak-anak mereka menjadi pelindung dunia.

Senarai pelakon adalah Josh DuhamelLeslie BibbBen DanielsElena KampourisAndrew HortonMike WadeMatt LanterIan Quinlan dan Tyler Mane.

Leave a Reply