Cruella de Vil adalah watak antagonis dalam francais 101 Dalmation. Cruella kini mempunyai filem solo aksi nyata lakonan Emma Stone yang mana berlaku pada tahun 1970-an. Filem ini menceritakan kisah kehidupan Cruella bagaimana diri beliau berubah menjadi jahat dan kejam.

Dalam filem ini, Cruella dilihat bekerja di bawah seorang watak antagonis lain iaitu Baroness. Beliau juga adalah pereka fesyen dan bersifat kejam dan tidak menerima idea Cruella. Tetapi lama-kelamaan, Cruella mula membangkit dan menjadi lebih hebat dari beliau dan mula merancang untuk membalas dendam. Cruella menjadi pereka fesyen dikenali ramai dan bereksperimen dengan pelbagai gaya fesyen aneh, termasuk mula meminati kulit anjing. Mungki sebab itu dalam video ini Cruella menculik anjing milik Baroness.

Filem ini akan disiarkan di Disney+ pada 28 Mei 2021. Masih tidak pasti sama ada ia akan memasuki pawagam Malaysia ataupun tidak. Terus ikuti kami untuk maklumat lanjut,.

Sohor Kini