Cruella adalah filem asal usul Cruella de Vil, iaitu penjahat dalam francais 101 Dalmation. Ia adalah filem aksi nyata dengan Emma Stone sebagai Cruella dan berlaku pada tahun 1970-an dengan menceritakan kisah kehidupan Cruella bagaimana diri beliau terjadi. Beliau adalah pereka fesyen yang kejam, kerana ingin menjadikan anjing-anjing 101 Dalmation sebagai bahan fabrik untuk pakaian beliau.
Treler kedua dipertontonkan baru-baru ini, ia memperlihatkan dengan lebih jelas bagaimana hidup beliau yang sengsara secara mendadak berubah menjadi seorang pereka fesyen yang kejam. Video ini turut memperlihatkan rekaan watak Cruelle yang sebenar dengan rambut hitam dan putih serta melakukan aksi jahat yang menyebabkan kecoh. Emma Stone sebagai Crulle dilihat adalah sebagai Harley Quinn versi Disney.
Selain daripada Emma Stone, Emma Thompson, Mark Strong, Paul Walter Hauser, Emily Beecham, Jamie Demetriou, Joel Fry dan Kirby Howell-Baptiste turut akan terlibat dalam filem ini. Bagi menjayakan filem ini, Glenn Close iaitu pelakon yang memainkan watak Cruella di filem aksi nyata tahun 1996 dan tahun 2000 – menjadi penerbit eksekutif.
Filem ini akan disiarkan di Disney+ pada 28 Mei 2021.