Kejohanan Acer Asia Pasifik Predator League 2020/21 kini bermula dan ia akan berlangsung sehingga 11 April 2021. Melaluinya, ia menyertakan permainan iaitu Dota 2 dan juga PUBG. Pasukan yang menyertai kejohanan ini pasukan yang layak ke kejohanan ini pada tahun lepas (sebelum dibatalkan) dan beberapa pasukan yang dijemput oleh Acer.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang akan bertempur untuk merebebut hadiah terkumpul sehingga $400 ribu;

Dota 2

  • Boom Esports
  • Team Star
  • 496 Gaming
  • Reckoning Esports
  • TNC Predator
  • Neon Esports
  • PSTR
  • Team Mystery
  • Team GXR
  • Team Soos

Team Star, Team GXR dan Team Mystery merupakan pasukan yang mewakili Malaysia. Team Star ataupun dikenali sebagai Flower Gaming sebelum ini merupakan juara bagi Acer Predator League 2019 untuk benua Malaysia.

PUBG

  • Team Immunity
  • Indian Rivals
  • Victim Rise
  • Eagle 365
  • Battle Arena Elites
  • ArkAngel Predator
  • TroubleMaku
  • Gamers Lounge
  • Renaissance
  • Purple Mood Esports
  • Sharper White
  • Gamehome Esports
  • Cerberus
  • Boss Gold
  • TEG Sports
  • No. 1

Boss Gold dan Battle Arena Elites adalah pasukan PUBG yang mewakili Malaysia di mana Battle Arena Elites adalah juara untuk Acer Predator League 2019 untuk benua Malaysia.

Jika anda berminat untuk tonton, setiap kejohanan akan distrim secara langsung melalui laman Facebook Acer Predator.

Selain itu, bersempena dengan kejohanan ini, Acer Malaysia menawarkan diskaun untuk produk gaming desktops, hadiah berniali sehingga RM638 untuk laptop dan juga Acerpure Cool boleh didapati dengan harga RM799 iaitu potongan harga sehingga RM500. Anda boleh layari laman Shopee ataupun Acer Store untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini