Kejutan yang paling mengejutkan dalam filem Zack Snyder’s Justice League adalah, Zack menyertakan watak Joker lakonan Jared Leto. Joker kali ini adalah berbeza, yang mana rambut panjang, muka disolek dengan warna putih yang tebal dan seakan sudah insaf kerana dunia telah ditakluk oleh Dark Seid. Zack inginkan visi Batman beliau mempunyai perbualan yang mendalam dengan Joker.

Dalam video acah, adegan Joker yang paling diingati ramai adalah apabila Jared Leto sebut “We Live In A Society“. Ayat itu disebut tanpa sebarang persediaan (ad-lib) atau mengikut skrip. Disebabkan itu, adegan ini tiada dalam filem. Ramai sangka yang filem versi monokrom, Justice Is Gray akan sertakan adegan ini – tetapi sayang sekali tidak. Oleh yang demikian, Zack Snyder telah menciap adegan ini di Twiiter beliau. Ia juga adalah versi monokrom dan perlu diingatkan visual dalam video ini tidak lengkap.

Zack Snyder’s Justice League: Justice Is Gray hanyalah versi hitam putih sahaja dan tiada beza dengan versi warna. Ia juga adalah 4 jam panjang. Filem ini juga boleh ditonton di Malaysia melalui HBO GO Asia yang baru sahaja disiarkan semalam, 2 April.

Bagi yang berminat untuk saksikan adegan yang dikatakan hebat ini dan memberi impak yang mendalam, anda boleh tonton melalui Twitter Zack Snyder.

Sohor Kini