Filem Justice League yang ditayangkan pada 2017 akhirnya diolah semula dengan visi dan penyampaian cerita yang Zack Snyder inginkan. Selepas bertahun lamanya peminat dan juga pelakon meminta Warner Bros. keluarkan filem ini, akhirnya ia menjadi realiti. Selepas $70 juta dibelanjakan, filem 2 jam ini diubah menjadi empat jam dengan 75% visual baharu dan juga suntingan baru.

Filem ini menerima maklum balas yang baik dan Warner Bros. turut tawarkan penstriman versi hitam putih untuk pengalaman menonton yang berbeza. Versi hitam putih ini sudah pun disiarkan di HBO Max, kini 2 April kelak filem yang berjudul Justice Is Gray atau nama penuh Zack Snyder’s Justice League: Justice Is Gray akan disiarkan untuk peminat di Malaysia pula. Seperti biasa, ia hanya boleh distrim di HBO GO Asia.

Sohor Kini