The Suicide Squad adalah filem kedua Suicide Squad dengan visi dan arahan James Gunn. Ia bukannya olahan semula dan sekuel, sebaliknya adalah penceritaan baru dengan Amanda Waller masih pelakon sama dengan konsep sama, iaitu tubuhkan pasukan adiwira dari penjahat. Ini adalah mudah untuk “kerajaan” jadikan setiap ahli sebagai kambing hitam jika ada isu berlaku.
Video acah pertama memperlihatkan elemen komedi aksi yang unik, aksi Harley Quinn yang gila, serta watak-watak lain yang kelihatan seakan tidak masuk akal. Setiap watak juga dilihat mempunyai perwatakan yang sedikit berbeza. Musuh utama kali ini dilihat adalah askar jahat dan mungkin juga sejenis raksasa yang digelar Starro. Terdapat ahli baru yang dilihat menarik seperti Peacemaker, Bloodsport, Polka-Dot Man dan juga binatang pelik yang tidak menyenangkan.
Video kedua kali ini memperlihatkan aksi yang lebih banyak, di mana setiap ahli bersusah-payah menentang raksasa sambil mungkin mencari jalan membebaskan diri dari Waller. Thinker juga muncul dalam filem ini dan Harley Quinn juga mempunyai kostum baru yang lebih “sopan”.
Filem ini akan ditayangkan pada 6 Ogos, sama-sama kita nantikan.