The Suicide Squad adalah filem soft reboot Suicide Squad dengan olahan James Gunn. Filem ini mengekalkan beberapa pelakon sama dengan watak sama dan turut membawakan pelakon hebat lain seperti Idris Elba dan John Cena sebagai Bloodsport dan Peacemaker.

Semasa DC FanDome hanya sedikit sahaja klip filem diperlihatkan dengan sedikit latar mengenai pembangunan dan penggambaran filem termasuk dengan di sebalik tabir. Akhirnya selepas sekian lama menanti, video acah pertama dipertontonkan. Ianya lucu, ganas, penuh dengan aksi, dan kelihatan seperti filem adiwira karut komedi.

Amanda Waller masih pelakon sama dengan konsep sama, iaitu tubuhkan pasukan adiwira dari penjahat. Ini adalah mudah untuk “kerajaan” jadikan setiap ahli sebagai kambing hitam jika ada isu berlaku.

Olahan James Gunn melalui video acah dilihat agak menarik. Elemen komedi aksi yang unik, aksi Harley Quinn yang gila, serta watak-watak lain yang kelihatan seakan tidak masuk akal.

Filem ini akan ditayangkan pada 6 Ogos. Memandangkan filem ini adalah filem ganas, harapnya tayangan di Malaysia adalah versi penuh. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply