Sony akan hadir dengan filem olahan semula Resident Evil pada 21 September ini. Filem ini akan memfokuskan kepada awal-awal permainan video, sekitar tahun 1998 di bandar Racoon City. Filem ini dikatakan adalah sejenis filem seram dan akan lebih dekat dengan permainan video.

Terkini, Sony telah menunda tarikh tayangan ke 24 November bagi mengelak bersaing dengan filem MCU – Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings. Dengan pasaran pawagam yang tidak stabil kerana Covid-19, filem bajet besar Resident Evil pasti akan susah untuk bersaing dengan filem bajet lebib besar dari syarikat gergasi Disney.

Leave a Reply