Skip to main content

Mortal Kombat adalah permainan video yang popular. Ia memfokuskan dua watak bertempur antara satu sama lain dan menggunakan aksi pengakhiran untuk tewaskan musuh Fatality yang kejam dan ngeri. Terdapat filem yang diadaptasi daripada permainan ini dan ianya gagal dan menerima banyak kritikan.

Tetapi, selepas HBO mempertontonkan video acah filem ini – ia menerima maklum balas positif. CGI yang baik, rekaan watak yang lebih kurang sama, serta membuatkan orang ramai tidak sabar menonton filem ini. Tidak lupa juga yang ada frasa kata popular seperti “get over here“, “fatality” dan “finish him“. Aksi Fatality juga dilihat menarik dan cukup ngeri seperti dari dalam permainan video. Filem ini pada awalnya dilihat hanya akan ditayangkan di Amerika dan melalui penstriman HBO Max. Terkini, filem ini telah disahkan akan ditayangkan di Malaysia – iaitu pada 8 April.

Tayangan ini adalah awal 2-3 minggu dari Amerika Syarikat, yang mana ini adalah cukup menarik. Kami di Aksiz sendiri tidak sabar menonton filem ini, nantikan ulasan kami dan teruskan ikuti kami untuk perkembangan lanjut.

Leave a Reply