Skip to main content

Apabila kami mendengar mengenai filem Mortal Kombat akan diolah semula, kami agak skeptikal. Banyak permainan video perlawanan seperti ini, diadaptasi menjadi filem dan filem tersebut gagal. Tetapi kali ini, filem Mortal Kombat akan disiarkan khusus di HBO Max. Warner Media sudah nyatakan yang filem-filem asli di platform ini akan mempunyai bajet tinggi serta kualiti setanding filem hebat.

Akhirnya, selepas sekian lama menanti dan pelbagai poster watak diperlihatkan – video acah pertama diterbit oleh HBO Max. Apa yang boleh kami katakan adalah, “WOW!”. Ia penuh dengan aksi, kostum yang menarik, dipenuhi dengan pelbagai watak terkenal dan yang paling menarik – filem ini memperlihatkan aksi penutup terkenal Mortal Kombat “Fatality”.

Treler versi ganas gila perlu ditonton di laman YouTube

Melihat aksi Fatality versi aski nyata dengan grafik cantik adalah sungguh memuaskan, rasa ngeri dan seram. Bukan itu sahaja, watak-watak dalam video acah ini juga ada sebut frasa-frasa terkenal dari permainan video.

Filem ini akan memfokuskan kepada perjalanan watak Cole Young (lakonan Lewis Tan). Beliau menyedari yang tubuh badan beliau mempunya tanda lahir berbentuk naga, dan telah bertemu dengan Sonya Blade dan Jax Briggs untuk mempelahari rahsia sebenar. Tanda lahir tersebut memberi petanda beliau adalah yang diplih untuk bertempur dalam perlawanan legenda – Mortal Kombat.

Video acah ini turut memperlihatlan aksi Joe Taslim sebagai Sub-Zero, Josh Lawson sebagai Kano, Sisi Stringer sebagai Mileena, Max Huang sebagai Kung Lao dan Chin Han sebagai Shang Tsung. Sonya Blade dilakonkan oleh Jessica McNamee, ditemenai oleh Ludi Lin yang memainkan watak Liu Kang, Tadanobu Asano sebagai Raiden dan rakan Sonya Jax Briggs dibawakan oleh Mehcad Brooks.

Terkahir, versi aksi nyata watak popular atau maskot tidak rasmi permainan video ini – Scorpion yang dilakonkan oleh Hiroyuki Sanada.

Filem ini berlaku di zaman 1990-an, di mana diadaptasi dari permainan video asli Mortal Kombat dan Mortal Kombat: Annihilation. Filem ini akan ditayangkan di pawagam (di lokasi yang buka) pada 16 April serentak dengan penstriman di HBO Max.

Leave a Reply