Netflix Ingin Menerbitkan Money Heist Versi Korea

Deadline hari ini melaporkan yang Netflix berminat untuk menerbitkan adaptasi Money Heist ataupun judul asal La Casa De Papel bagi versi Korea. Money Heist merupakan siri Spanish yang dicipta oleh Alex Pina.

Bagi versi korea ini, Alex Pina akan menjadi penerbit eksekutif, Kim Hong-sun akan menjadi pengarah dan akan ditulis oleh pasukan yang diselia oleh Ryu Yong-jae yang sebelum ini terlibat untuk siri My Holo Love dan Psychopath Diary. Penerbit adalah BH Entertainment dan Contents Zium.

Musim kelima dan terakhir bagi Money Heist masih di peringkat produksi dan tidak mempunyai sebarang tarikh siaran.

Sohor Kini