Datuk Bandar Tsushima Hiroki Hitakatsu iaitu bandar di Nagasaki, Jepun iaitu satu bandar yang menjadi latar tempat utama untuk permainan Ghost of Tsushima telah memberi anugerah kepada Pengarah permainan Nate Fox dan Pengarah Kreatif Jason Conell sebagai duta pelancongan bagi bandar tersebut.

Menurut Hitakatsu, mereka berdua diberikan anugerah tersebut kerana telah memperkenalkan bandar Tsushima dengan cara yang sangat menarik. Tambah beliau, warga Jepun sendiri ada yang tidak mengetahui mengenai sejarah di zaman Gen-ko, dan mereka telah menyampaikan-nya dengan grafik dan penceritaan yang sangat baik.

Acara penyampaian telah dilakukan secara dalam talian akibat sekatan perjalanan di Jepun dan juga Amerika Syarikat, namun Hitakatsu mengatakan yang apabila perjalanan dibenarkan beliau akan menjemput kedua-dua mereka dan keseluruhan pasukan Sucker Punch untuk melawat bandar Tsushima. Beliau juga akan bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment untuk mempromosikan lagi bandar tersebut.

Ghost of Tsushima sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan boleh juga dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang.

Sumber: VGC

Sohor Kini